Syarikat View Vision Sdn Bhd (VIEW FASHION) merupakan syarikat perniagaan yang berasaskan borong dan runcit pakaian Muslimah bersaiz besar. Ia ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Mr. View CHIN VIEW HAU , Pengarah Syarikat dan juga Pengasas syarikat.

(PHOTO FROM ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2020)

Pada Permulaan, perniagaan berasaskan Fesyen Muslimah yang bersaiz kecil. Produk yang dikeluarkan adalah seperti, baju kasual, seluar panjang, skirt, cardigan dan baju labuh. Oleh kerana persaingan pasaran yang sangat kuat dalam bidang Fesyen Muslimah yang bersaiz kecil, pencapaian tidak begitu memberansangkan dan semakin merosot. Walaupun banyak cabaran dari banyak penjuru, Pengasas juga tidak mahu berputus asa dan terus mencari cara-cara untuk membendung masalah ini.

Pengasas mengubah corak bidang perniagaan dengan bertukar kepada pakaian Fesyen Muslimah Moden yang bersaiz besar. Ini kerana Pengasas menyedari bahawa masyarakat yang mempunyai saiz badan yang besar mempunyai kesukaran untuk mencari pakaian yang bersesuaian dengan imej dan saiz mereka. Pengasas berfikiran bahawa dengan menubuhkan satu pasaran untuk komuniti yang bersaiz besar, ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah syarikat, tetapi dapat membantu menyelesaikan masalah komuniti yang bersaiz besar. 

Saiz produk yang dikeluarkan adalah dari saiz XL 4XL, menjadikan perniagaan berasaskan Fesyen Muslimah bersaiz besar mendapat sambutan yang memberansangkan. View Vision Sdn Bhd bukan sahaja semata-mata mengeluarkan pelbagai fesyen tetapi ia juga mengikut perkembangan semasa bagi memastikan nilai produk yang syarikat keluarkan mempunyai nilai dihati para pelanggan. Pengeluran produk adalah 100% daripada syarikat. Daripada reka bentuk dan jahitan adalah merupakan idea original daripada syarikat berdasarkan cita rasa pelanggan dan fesyen semasa. Syarikat menjadikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang bersaiz besar dalam menggayakan fesyen sebagai inspirasi dalam pengeluran reka bentuk yang kreatif dan sesuai dan menjadikan reka bentuk tersebut mendapat tempat di hati pelanggan.

Visi Syarikat adalah menjadi Jenama Terkenal di Malaysia sebagai pengeluar Fesyen Muslimah yang bersaiz besar yang pertama. Bagi menjayakan visi ini, syarikat perlu mempunyai misi seperti memberi focus kepada aktiviti jualan dan pemasaran yang progresif dan kuat, membina pasukan yang berkualiti dan kerjasama yang kukuh.

Syarikat View Vision Sdn Bhd juga perlu menubuhkan sistem kepimpinan yang teratur dan menggalakan komitmen yang sangat tinggi bagi mencapai visi yang sedia ada.

Nilai-Nilai teras juga penting bagi menjaga etika dan mengekalkan kualiti pekerja semasa bekerja dan juga diluar syarikat. Antara Nilai-nilai yang diterapkan adalah seperti Integriti, Bersyukur, “Work to win”, Kepimpinan dan Kreativiti.

Pengasas juga berpendapat bahawa untuk menjadikan syarikat ini berjaya dan boleh pergi jauh, ia memerlukan satu pasukan yang kuat dan komited. Selama 3 tahun, syarikat telah membina satu pasukan perkerja yang mempunyai peranan masing-masing dalam syarikat.

Sekarang syarikat mempunyai pelbagai platform untuk menjalankan aktiviti perniagaan, Syarikat View Vision Sdn Bhd mempunyai 3 kedai (Borong dan Runcit) untuk pelanggan “walk in”, perniagaan dalam talian iaitu melalui Laman Web sendiri dan menyertai platform Shopee Malaysia.
Selain focus kepada pernigaan, Pengasas juga menggalakkan penglibatan pekerja dalam media
social untuk Personal-branding” seperti Tik tok.

Syarikat ingin mengembangkan sayapnya dengan membuka satu platform untuk Pereka Fesyen Muslimah mengemersilkan hasil rekaan mereka. Selain itu, syarikat juga berniat untuk membuka francais yang berasaskan fesyen semasa muslimah dan mempuyai tahap kualiti yang dikehendaki oleh keperluan pelanggan di setiap negeri dalam Malaysia. Pengasas juga berhasrat untuk mengembangkan produk yang ada kepada kepelbagaian produk selain daripada pakaian untuk Muslimah yang bersaiz besar. Selain itu, Pengasas mahu produk daripada syarikat ini dapat memberi rasa keyakian kepada pelanggan.

Untuk menjayakan semua ini, pasukan kami hanya perlu mengikut Visi, Misi dan Nilai Teras syarikat serta pasukan yang sangat komited.

MR.View Chin Founder Of View Fashion View Vision Sdn Bhd.

TIKTOK FAMOUS INFLUENCER

Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2020

World Prestige International Muslimah Fashion Best Brand Awards 2020

 

(VIDEO FROM ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2020)

OUTLET IN KL.

Mytown Shopping Centre,L2-060.

Kenanga Wholesale City Mall,Level 2-96 & 3-93A.

We here to create you a TRENDY PLUS SIZE clothes,CONFIDENT IS POWER.

[time] minutes ago, from [location]
You have successfully subscribed!